Friday, 25 November 2011
Sinopsis Filem Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cerita Sedih.. KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN! (gambar diatas adalah contoh sahaja) Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ib...
-
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :- 1) Lelaki yang mampu mengalirkan ...
-
By : Oh ! Hebat Credit : http://beritasemasa.com/ Secara faktanya, penggunaan parabola di Malaysia masih lagi salah di sisi undang-undang, ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera…. Saya suka membaca tip-tip yang dikongsikan dibawah ini.Jadi rasa ingin memberikan sedikit komen menge...
-
Kaherah – Tindakan seorang pelajar universiti di Mesir, Aliaa Magda Elmahdy ( gambar ) yang memuat naik gambar bogelnya dalam internet deng...
-
Qalisha Ray Dikatakan Ada Iras-Iras Kim Kardashian, Apa Kata Anda? Tapi kalau tak ada iras pun, kejelitaan Qalisha Ray ini memang tak boleh ...
-
TIPS BANGUN AWAL Ramai remaja yang mengalami masalah sedemikian.Bangun awal bagi mereka adalah satu perkara mustahil seperti mengira bul...
-
Karachi – Gara-gara marahkan suami yang ingin berkahwin lagi, seorang wanita di Pakistan bertindak kejam dengan membunuh suaminya dan memoto...
-
KUALA LUMPUR – KL Gangster 2 akan memulakan pengambaran sekitar bulan November ini dengan ‘kemasukan’ Rosyam Nor (gambar bawah di kanan) yan...
No comments:
Post a Comment