Pages

Saturday 26 November 2011

Tips Bangun Awal



TIPS BANGUN AWAL

Ramai remaja yang mengalami masalah sedemikian.Bangun awal bagi mereka adalah satu perkara mustahil seperti mengira bulu kambing biri-biri yang tiada kesudahan atau menunggu muka penulis smart seperti Aaron Aziz, dan juga seperti menukar handphone nokia 33seposen ke N97, nampak mustahil bukan? Tetapi, dengan ada nya tips2 ini, kemungkinan untuk anda bangun awal, amatlah tinggi.

1)Tidur awal. Tips paling mudah. Tidur seawal jam 9 malam pasti membuatkan anda bangun apabila azan Subuh berkumandang.Kalau jam 9 tidak boleh tidur juga,baik anda lakukan sesuatu yang bosan dan memenatkan. Seperti lompat katak 100 kali, cakar harimau 99 kali, baca novel Pelabuhan Cinta (novel adik aku) yang amat memboringkan, degree untuk anda berasa mengantuk akan menaik secara mendadak. Kalau anda masih tidak bangun awal, maka anda makhluk pelik.


2)Tidur bersama ahli keluarga yang mengeluarkan bunyi dengkuran setinggi frekuensi ala-ala Maria Sharapova ketika melakukan servis, nescaya anda akan senang terjaga selang sejam. Memakai Breathe It Right pun tidak berguna jika dia (mempunyai dengkur yang kuat) memakainya. Dicampur dengan frekuensi hissing nyamuk yang amat menyakitkan hati dan menggelikan bulu-bulu kaki, membawa kepada peristiwa anda bangun awal dengan senang sekali.


3)Tidur bersama ahli keluarga anda yang berjisim atau berdensity lebih berat daripada merkuri. Apabila ahli keluarga anda bergolek ke sana ke mari, melanggar tubuh anda ketika anda nyenyak bermimpikan Gadis Duyung mengaru-garu belakang badan atau menyapu losyen anti penuaan ke atas badan, keputusan nya,anda akan berasa tidak senang, dan terus bangun tidur ketika itu juga.


4)Ambil air sembayang sebelum tidur.Untuk Muslim sahaja. Perihal agama (sejak saya kini menjadi baik), ambillah air sembahyang sebelum anda tidur. Tidur anda lebih nyenyak, insya Allah tidak diganggu syaitooon, dan juga dilindungi para malaikat.


5)Apabila bangun daripada tidur,walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, cepat2 anda menukarkan semua jarum jam di rumah dan menunjukkan jam 6 pagi walaupun sudah menjelang tengah hari. Yeay! Anda berkata dalam hati, anda sudah bangun awal. *Ini tips bodoh*


6)Minta tolong kepada mana-mana ahli keluarga anda yang bangun awal seperti ibu saya yang terpaksa bekerja syif pagi,bermaksud dia terpaksa bangun awal pagi. Minta tolong ibu untuk mejirus air ke kepala anda. Air longkang atau yang berbau hamis, amatlah mujarab dan berkesan. Walaupun anda bangun dengan hati yang bercampur dengan amarah yang amat sangat, tetapi melihatkan muka ibu anda yang masih comel walaupun bakal bergelar Manusia Separuh Abad pada tahun depan, hati anda akan automatic menjadi sejuk.


7)Tidur secara duduk atau bersandar ke dinding. Penulis pernah mencuba semasa esok nya hendak exam, malam baru baca buku. Dalam hati penulis, ingin bangun awal, tetapi pada keesokan hari nya, penulis sudah berada di bawah kerusi yang terletak bersebalahan dinding yang disandar. Jadi, tips ini mungkin berkesan untuk sesetengah orang, tapi tidak untuk penulis.


8)Tidur jangan meniarap.Tidur lurus,kepala menhadap ke siling rumah, mata tutup, bantal peluk di atas badan. Lihat,penulis sudah memberitahu imaginasi penulis tentang seseorang yang ideal dalam tidur nya. *mengarut,tak tau apa yang dibincangkan*


9)Letak la aroma lilin, lampu mesti malap, katil di hias indah, ala-ala anda akan menempuh malam pertama,fuhh,nyaman nya. Intensiti lampu amat memberi kesan dalam memberi kepuasan dalam tidur. Tidur sementara laptop masih tebuka tidak digalakkan, kerana memberi kesan daripada monitor screen kepada diri anda walaupun anda sudah menutup mata. *mood : serius* Jauhkan diri daripada cahaya yang terang, mahupun malap. Pilih suasana yang akan membuatkan anda cukup tidur.


10)Paling penting, tidur dalam keadaan tenang.Buang segala pemikiran negative yang bersarang dalam kepala hotak anda seperti merajuk kerana adik ada lollipop,kita tak dapat, atau merajuk nak seluar boxer tetapi adik-beradik lain semua dapat tapi kita tak dapat(seperti penulis alami). Buangkan semuanya. Tidur dalam keadaan kepala anda kosong. Jangan fikir benda-benda yang tidak elok, seperti meningkatkan syahwat anda dan sebagainya.

Ini sajalah tips2 yang penulis boleh berkongsi dengan anda. Mungkin anda mempunyai tips2 lain yang berkesan, pm penulis kerana penulis berasa bosan ketika ini.hahaha Entri ini ditulis kerana baru sahaja membaca rencana pasal angkasawan negara kita yang hanya tidur 3-4 jam sehari dan masih cergas pada waktu siang nya. Mungkin beliau mengamalkan petua2 yang di beri oleh nenek moyang nya, mana kita tahu.

Selamat mencuba!

p/s : Penulis bangun pukul 10 pagi hari ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts