Pages

Saturday 26 November 2011

Parabola di Malaysia “Diharamkan” Kerana Nak Jaga Kepentingan ASTRO? Di Mana Kebenarannya?

By : Oh ! Hebat 

Secara faktanya, penggunaan parabola di Malaysia masih lagi salah di sisi undang-undang, sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan. Sudah jauh…..ke hadapan. Dan, apa alasan kerajaan tidak benarkan penggunaan parabola di Malaysia antara sebabnya adalah :

Golongan muda yang mudah terpengaruh apabila menonton siaran televisyen yang mengandungi unsur lucah
Siaran yang berbentuk hasutan
Kenapa ramai memasang parabola di Malaysia?
Bayar sekali seumur hidup, kemudian dah boleh terus guna. Tak perlu nak fikir bayar bulan-bulan macam………
Begitu banyak siaran luar negara boleh diperolehi, anda yang tentukan. Samada kualiti atau tidak, anda yang tentukan.
Tiada masalah lagi untuk mendapat siaran terkini sedangkan siaran berbayar yang ada sekarang ini pun, bayar bulan-bulan tetapi kandungannya? Ketinggalan zaman. Siaran rancangan daripada luar negara sudah sampai season 6,7 apabila dibawa masuk baru season 2,3? Kemudian pusing-pusing rancangan tersebut sampai pening penonton dibuatnya
Anda yang tentukan isyarat visual dan audio
Ada modal sekitar RM400, RM500, anda dah boleh pasang parabola di Malaysia. Walaubagaimanapun, kerajaan mengharamkan penggunaan parabola di Malaysia. kalau nak pasang parabola juga, ada aduan diterima bersedia dengan tindakan undang-undang
Lebih 60 siaran dari negara asing boleh diperolehi
Ini pula semakan bagi jawapan rasmi Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan berdasarkan hansard Parlimen Malaysia baru-baru ini merujuk kepada persoalan larangan penggunaan parabola di Malaysia :
Pendapat kami, undang-undang mengharamkan penggunaan parabola di malaysia sudah tidak relevan lagi. Kalau kandungan lucah menjadi “ketakutan kepada kerajaan” tak payah susah-susah guna satelit, di internet berlambak ada. Tak pun CD haram yang di jual di pasar malam….

No comments:

Post a Comment

Popular Posts