Pages

Saturday 26 November 2011

10 Sebab Kenapa Anda Menggunakan Internet



Semua orang suka melayari internet, kan? Seperti yang kita nampak dalam dunia internet sekarang ni, ianya dihiasi dengan laman-laman web, blog-blog, forum-forum dan lain-lain yang kebanyakkannya dikendalikan oleh seseorang secara manual mahupun auto. Ini menunjukkan setiap orang dalam dunia ni menggunakan internet sehingga ada dikalangan mereka tu dah ketagih bermain internet. Mereka yang dah tahap ketagih tu rasa macam kurang nikmat hidup bila tiada internet! Yang ni dah tentu la bagi blogger-blogger tegar dan juga ‘blogger pagar‘ (bak kata Kak Jie). Diorang ni kalau dipisahkan dari intenet rasanya boleh mati kutu dibuatnya. Silap haribulan boleh bertambah kegiatan tak bermoral di luar sana. Nasib baik internet wujud. Ada juga faedahnya diorang ‘jadi pagar’ kat depan laptop, berkongsi info-info berguna dengan semua orang melalui blog.

Keburukan dan kebaikan sentiasa ada dalam setiap perkara dalam dunia ni. Begitu juga dengan internet. Kalau disalahguna, boleh membawa kepada keburukan. Kalau digunakan dengan cara yang betul, internet boleh memberi banyak kebaikan kepada kita (betul betul betul). Persoalannya sekarang ni, mengapa kita menggunakan internet? Untuk apa? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Ishh.. banyak pulak soalan. So, kat sini nak berkongsi la dengan korang sebab musabab Kenapa Anarm Menggunakan Internet.

1.Internet dalam kerja seharian
Aku menggunakan internet untuk kerja-kerja seharian sama ada kat rumah ataupun kat office. Internet memang wajib ada la setiap kali aku buat kerja memandangkan hanya di internet sahaja tempat yang paling mudah aku nak cari bahan untuk kerja-kerja grafik seperti gambar, maklumat tentang sesebuah organisasi, di samping tengok tutorial cara-cara yang lebih baik untuk menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe InDesign, Dreamweaver dan juga CodelDraw.

2.Tweet Here, Tweet There bersama Twitter
Salah satu kegilaan aku yang hanya ada di internet iaitu Twitter!

Bersosial sambil berkongsi info dan tips untuk blogging dan lain-lain. Bagi yang masih tak tahu tentang Twitter, boleh rujuk di blog JustKhai.com yang juga menyediakan tutorial tentang Twitter bagi yang baru nak mengenali apa itu Twitter. Serba sedikit tentang Twitter korang boleh juga tengok di blog Tweet-A-Holic.com.
Bagi korang yang menjalankan business secara online, Twitter memang diperlukan untuk kerja-kerja pemasaran, selain Facebook.

3.Internet untuk blogging

Kerja-kerja blogging ni dah tentu perlukan internet untuk menulis di blog. Takde internet pon boleh je blogging secara offline, tapi internet tetap diperlukan untuk publish entri terbaru. Kalau tak macam mana nak bagi orang baca, kan? Sekadar tulis untuk diri sendiri? Baik aku tulis kat buku je atau taip kat Microsoft Word lepas tu save, takpon print. Tapi untuk apa?

4.Check email, delete email
Yang wajib dibuat hari-hari sebab kalau tak bukak walapun 1 hari, nanti boleh lenguh tangan dan senak biji mata dok mengadap email-email yang masuk. Kat Inbox memang sentiasa ada. Paling kurang 15 email. Paling banyak 73 email. Tu belum kira yang dalam folder Spam lagi tu. Teknologi memang banyak kebaikannya. Kadang-kadang amat menyusahkan jugak. Huhu..

5.Update Avira Antivirus
Antivirus yang tak diupdate sangat-sangat membahayakan komputer atau laptop. Tak kira la korang cakap Kaspersky terbaik ke, Avira terbaik ke, AVG terbaik ke, kalau tak diupdate takde makna semua tu. Bagi aku semua antivirus sama je. Kalau nak tahu, pembuat antivirus juga lah yang mencipta virus! Kalau tak macam mana diorang nak berniaga, kan? Cuma sebagai langkah berjaga-jaga, sila update antivirus yang digunakan.
Kalau boleh elakkan daripada guna software antivirus yang didownload daripada laman-laman ‘sharing is caring‘ (konon). Kita tak tau mungkin orang yang share software tu dah ‘bind’ antivirus tu dengan ‘sesuatu’ yang membahayakan. Kalau degil jugak, pandai-pandai korang la ye kalau berlaku apa-apa.

6.YM-ing atau Chatting
YM atau Yahoo Messenger.. boleh dikatakan hari-hari jugak la aku online kat situ. Cuma sekarang ni lebih kerap invi (jadi orang halimunan) atas sebab-sebab tertentu. Bagi yang nak ber-YM dengan aku, sila add Twitter aku dan mintak Yahoo ID melalui Twitter. Sebelum tu boleh la berkenal-kenalan dulu kat Twitter. Terutamanya bagi aweks-aweks. Keh Keh Keh.. (mampos aku kalo awek aku baca)

7.Check duit dalam bank dan bayar bil secara online

Sekarang ni semua benda dah boleh buat melalui internet. Setiap hujung bulan, traffik bagi laman web Maybank2U dan CIMBClicks mesti naik mencanak-canak. Maklum sajalah, time tu gaji dah masuk. Boleh check melalui internet je. Senang!
Dulu nak bayar bil kena keluar pergi pejabat pos yang kadang-kadang jaraknya jauh giler dari rumah. Memenatkan dan membazir minyak motor atau kereta atau bas atau lori. Nak kena tunggu giliran lagi satu hal. Sekarang ni dengan klik-klik je kat laptop, bil dan hutang boleh langsai terus.

8.Download Movie dan Lagu
Walaupun aku bukan kaki wayang, tapi aku suka layan movie. Daripada habiskan duit untuk tengok wayang, baik aku download je movie yang ada kat internet. Tengok wayang lagi puas hati? Bagi aku tak. Kalau nak puas, tu.. dalam jamban tu. Lagi puas hati dapat ‘buang’. Tengah tengok wayang tiba-tiba nak terberak. Ape citer? Sanggup tahan sebab nak kepuasan tengok wayang? Sembelit la ko kat situ. Layan movie kat rumah kalau rasa nak terberak, boleh ‘pause’ kejap pergi ‘buang’. Kalau malas nak ‘pause’, bawak je laptop korang tu masuk sekali dalam jamban. Aku pernah buat, aku tau laa. Haha..
9.Baca Akhbar Online

Antara laman web akhbar online yang aku kerap masuk adalah Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online dan myMetro. Selain daripada laman-laman tu memang aku kurang berminat. Baca berita ni pon aku kurang berminat jugak sebenarnya sebab hari-hari banyak berita politik je. Jemu dah. Sekadar tengok susun atur dalam web tu dan cari idea untuk berblog je. Kalau ada berita menarik baru la baca sikit-sikit..

10.Buat Duit secara Online
Kalau nak cerita bab duit sampai bila pon tak habis. Daripada terjegil bijik mata sebab syok tengok duit, sampai boleh tertidur kot sebab bosan. Buat duit secara online ni ada banyak cara. Tak semestinya asyik bercerita tentang duit je kat dalam blog. Nanti visitor kat blog boleh jadi bosan dengan kita. Satu lagi, kalau nampak blogger yang suka tayang duit kat avatar atau gambar-gambar dia, jangan mudah tertipu dengan bisnes yang dia promote. Selidik dulu betul-betul kalau berminat nak berbisnes dan buat banyak duit macam orang tu. Benda-benda macam tu sebenarnya sebagai umpan je. Cuma perlu diingat, tak semua bisnes tu menipu. Ada juga yang betul dan boleh buat kita berjaya.
Sebelum memburukkan dan memperlekehkan orang lain, jangan pandai-pandai membuat kesimpulan sendiri tentang sesuatu bisnes tu melainkan ada bukti yang kukuh. Setakat mendengar keburukan daripada mulut-mulut orang, tak semestinya bisnes tu menipu. Yang memburukkan sesuatu bisnes biasanya oleh orang yang tak mampu nak buat macam orang yang dah berjaya. Padahal ada je orang yang dah berjaya melalui bisnes tu. Lain orang, lain kemampuan dia. Kalau rasa tak mampu nak buat, jangan buat.


#Penulis Oh Hebat , Sori ye kalau x terapi..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts